Tuesday, June 23, 2009

Bagaimana mendaftar akaun bloggger

Apakah itu blog?
Blog adalah diari peribadi, catatan harian, ruang usaha sama, tempat berucap politik, saluran berita tergempar, koleksi pautan, fikiran peribadi anda atau memo untuk dunia. Blog anda adalah apa sahaja yang anda mahu jadikannya. Blog memberikan anda ruang untuk bersuara dalam web. Ia merupakan tempat mengumpul dan berkongsi perkara yang anda rasa menarik sama ada ia ulasan politik anda, diari peribadi, atau pautan kepada laman web yang anda ingin ingati.

Bagaimana membuat BLOG?
Blog yang akan dibangunkan ini merupakan produk yang dimiliki oleh Google iaitu Blogger.com. Terdapat 3 proses utama dalam membina blog. Langkah 1 iaitu mendaftar akaun emel Google. Langkah ke 2 mendaftar akaun blog Google seterusnya langkah ke 3 menghantar posting dan membuat basic setting.

Langkah 1 : Mendaftar akaun emel Google.
Setiap pengguna baru mestilah memiliki akaun email dari Google terlebih dahulu dan pendaftaran adalah percuma. Sila ikuti langkah-langkah berikut.

1. Daftar emel Google. Klik pada alamat ini http://mail.google.com/ .

2. Tetingkap berikut akan dipaparkan.
3. Sila Klik pada Sign up for Gmail. Lengkapkan borang pendaftaran dan akhiri dengan klik I accept. Create my account seperti di bawah.


Tahniah. Anda baru sahaja mendapatkan akaun emel Google. Untuk login ke akaun emel Google anda, pergi ke http://www.mail.google.com/ dan masukkan username dan password yang telah didaftarkan tadi.

Langkah 2 : Mendaftar akaun blog Google
Setelah berjaya mendaftar emel Google, kini ikuti langkah seterusnya untuk mendaftar akaun BLOG anda pula.

1. Pergi ke http://www.blogger.com/ dan klik pada CREATE YOUR BLOG NOW seperti yang ditunjukkan dalam paparan di bawah.


2. Anda akan dibawa kepada paparan berikut. Sila tandakan √ pada petak empat segi kecil berlabel I accept the Terms & Service diikuti klik pada anak panah berlabel CONTINUE.

3. Tetingkap berikut pula akan dipaparkan. Ia bertujuan untuk memberikan tajuk kepada blog anda. Ianya boleh diubah lagi kemudian. Lengkapkan dan klik anak panah berlabel CONTINUE.

4. Seterusnya anda akan dibawa ke paparan pemilihan template. Pilih template yang sesuai mengikut citarasa anda dan klik CONTINUE.


5. Jika proses pendaftaran akaun blog anda berjaya, maka satu tetingkap seperti berikut akan dipaparkan. Tahniah kerana anda telah memiliki satu akaun blog Google.


Langkah 3 : Menghantar posting dan membuat basic setting

6. Anda boleh mula menghantar post dengan klik anak panah berlabel START BLOGGING. Seterusnya tetingkap berikut akan dipaparkan.




7. Sila masukkan tajuk artikel pertama anda pada Title: dan tuliskan sebarang maklumat yang ingin dikongsikan pada ruang yang disediakan seterusnya klik PUBLISH POST untuk menyimpan dan memaparkan blog anda. Tetingkap berikut akan dipaparkan. Jika klik pada SAVE NOW, blog hanya disimpan sebagai draft dan tidak akan dipaparkan.

8. Untuk melihat paparan blog anda, sila klik View Blog. Hasilnya anda akan dapat melihat paparan posting anda yang pertama.

Diharapkan tutorial asas ini dapat membantu anda menghasilkan BLOG sendiri. Selamat mencuba.

Thursday, June 11, 2009

Friday, June 5, 2009

Terima kasih daun keladi, kalau dijemput datanglah lagi!

A'kum kepada semua peserta-peserta bengkel blog 2009 siri 1-4. Kami ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada anda semua di atas komitment untuk menyertai program ini. Kepada peserta-peserta yang request gambar melalui shoutbox, jangan risau sebab saya akan masukkan minggu hadapan. Hari ini, abang camera man tu cuti. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai blog, jangan segan2 untuk bertanya pada saya. Saya akan cuba bantu sedaya yang mungkin. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan untuk kami menambahbaik program bengkel blog pada masa-masa yang akan datang. Hantarkan cadangan anda di sini.