Inilah saya...Suka bersederhana dalam apa jua perkara baik pakaian, makan, make up. Orangnya pun biasa-biasa sahaja. Merupakan anak jati Melaka yang lahir pada 20 Jun 2009 dan berbintang Gemini.
Status
Ibu kepada 3 orang anak...Fatin Nabilah(9 tahun) yang sulung diikuti Muhammad Irfan(7 tahun) dan yang bongsu pula Fatin Najihah(11 bulan). Lupa pula nak kenalkan dengan rakan sebilik. Dialah suami dan sahabat sejati yang sentiasa menemani di saat suka dan duka.
Kerjaya
Sudah 6 tahun melibatkan diri dalam bidang pengajaran di Kolej RISDA Melaka dan akan terus dalam bidang ini selagi diizinkan.
Prinsip hidup
Kalau main...mainlah bersungguh-sungguh. Kalau kerja...kerjalah bersungguh-sungguh dan jangan buat orang menyampah dengan kita.
Pedoman
Di sebalik harta, kekayaan dan kesenangan kita terselit hak orang lain yang perlu dikongsi bersama, oleh itu jangan ralat untuk bersedekah dan memberi pada yang perlu.
No comments:
Post a Comment